Jaga Kecantikan Kalau Sayang Suami

Wednesday, June 15, 2011

Resepi Spaghetti yang mudah dan lazat berkrim disukai ramai


Kali ni nak berkongsi resepi spaghetti yang sangat mudah. Sangat sesuai dan mudah untuk dipraktikkan oleh orang yang baru mengenal apa itu sudip, seperti aku sendiri. hehe.
Ini percubaan kali kedua dan ia sangat lazat..dan aku bangga!
Yumm..nyumm..~ ; )''



Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

1 botol sos spagethi Kimball (Mushroom)
1 tin pati tomato Kimball
2@3 biji buah tomato dipotong dadu kecil-kecil
1 tin cendawan dipotong dadu kecil-kecil
1 paket daging lembu kisar Ramly
10-15 biji meatball
2 biji bawang besar dipotong dadu kecil-kecil
4/5 ulas bawang putih dipotong kecil-kecil
1 paket spagetthi San Remo ( saiz besar lagi best)
Sedikit daun Basil
Sedikit Keju Parmesan
Garam secukup rasa








Barang-barang ini boleh didapati
di mana-mana supermarket Ok!



Daun Basil..yun jumpa yang dried sahaja.huu..



Parmesan cheese



Daging lembu yang telah dicincang dengan kejam sekali!



Ini cili giling




Thanx ma! sebab bila balik dari market bawang
dan tomato dah pun dipotong.
Cantik je ma potong tomato tu bentuk dadu.
Mushroom tu yun yang potong.. =p



Mushroom ni yun ta potong dadu pun,
just cincang-cincang dia tanpa belas kasihan!- _^''




now here goes..


Cara memasak spaghetti :

Langkah 1 - Didihkan seperiuk air, tambahkan 3-4 sudu minyak zaitun atau minyak masak, tambahkan juga sedikit garam.

Langkah 2 - Masukkan spaghetti dan biarkan sehingga ia lembut.

Spaghetti yang tengah direbus hidup-hidup



Cara-cara memasak sos:

Langkah 1
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging lembu cincang dan goreng sedikit.

Masa tengah goreng daging yun tabur 'dried Basil'
supaya bau dia meresap sekali, oh I Heart the smell~ <3




Oh ya!





Disebabkan tekak dan perut yun ni tekak anak melayu jati,
maka semasa menumis bahan-bahan tadi yun juga
tambahkan 4 sudu cili giling untuk memberikan
rasa kepedasan ala sambal belacan cicah budu.
Jadilah 'Spaghetti Belacino Boudu'.
Ok, abaikan nama yang direka sesuka ati tu.
(Maksudnya sape yang suka makan pedas boleh tambah la cili ok!)


Ok2..sambung........


Langkah 2 - setelah itu masukkan pati tomato, buah tomato + mushroom yang telah dipotong dadu.

Langkah 3 - Agak-agak dah masak sikit masukkan pula sos spaghetti Kimball tadi dan kacau-kacau sebati dengan ramuan tadi.

Langkah 4 - Taburkan sedikit garam dalam masakan, kalau yun suka taburkan sedikit gula sekali, barulah bercitarasa..hehehe.

Langkah 5 - Biarkan seketika, kemudian masukkan bebola daging yang telah digoreng dan gaulkan. Kacau-kacau dan biarkan sehingga naik minyak.


Sementara tunggu tu, yun pergi tengok anak yun
anak buah yun tido, dia ni memang sangat nakal,
tido pun tertangkup dan bersepah!


Langkah 6 - Taburkan sos yang telah masak ke atas spaghetti. Untuk hiasan boleh taburkan sedikit dried Basil dan keju parmesan.




Ni lah rupa spaghetti yang aku masak hari tu..mudah sungguh kan.



Selamat mencuba! ^-^''


3 comments:

Myza Mija said...

tak ade gmbar yea??

Myza Mija said...

gambar x de??

Unknown said...

yessss. sgt sedap. terima kasih atas perkongsian resepi