Jaga Kecantikan Kalau Sayang Suami

Monday, January 31, 2011

Kempen anti jerawat!! Mari berkongsi produk skincare yang paling mujarab menentang jerawat!


UPDATE!  : SAYA DAH TRY SHAKLEE COLLAGEN POWDER, JOM TENGOK HASILNYA.

Kempen kat mana? tak ada kat mana-mana, dekat belog yun je..hahah. Dah lama nak tulis entry ini sebab I rasa sangat kasihan melihat orang-orang yang menderita masalah pimples ni. Sebenarnya dulu kulit i pun memang teruk sangat, pimples dah tahap no parking. Jeles je tengok kawan-kawan yang lain dengan muka bersih. Kalau jalan sebelah mereka yang asyik kena ngorat, I ni jadi macam invisible je tau. Huu.. Dulu muka I memang tak ada masalah jerawat langsung, tapi lepas kena chicken pox tiba-tiba je jerawat keluar, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Jadi kalau sesiapa kena chicken pox, hati-hati ok, jaga kebersihan wajah, elakkan terkena hujan.

Back to topic,now masalah pimples dah berkurang dan 90% pulih..lepas tu hari-hari kena ngorat! Hahah. Bolehlah bersenang hati pasal jerawat dah jarang keluar, kecuali masa period je mesti tumbuh seketul yang besar.. Sekarang I tengah berusaha menghilangkan parut pula. Dulu macam-macam produk yang I cuba, tapi tak semua berkesan. FYI, i memang tak pakai moisturizer atau toner masa kulit bermasalah dulu, sebab i rasa kulit jadi meradang dan jerawat makin banyak keluar bila pakai, sebab tu i hentikan. I cuma pakai pencuci muka dan ubat sahaja. Jadi kat bawah ni I kongsi apa produk yang I rasa terbaik dan affordable je, dan juga tips yang I amalkan dulu.






C-mycin @ T3-Mycin




Kedua nama ni adalah benda yang sama. Dulu nama dia C-mycin, sekarang dah jadi T3-Mycin. Produk ni dalam bentuk gel jernih. Satu tiub isipadu dia 25g berharga dalam Rm24-27 macam tu. Tapi memang boleh tahan lama sebab guna sikit je dan boleh ratakan secara nipis ke seluruh kawasan bermasalah. Dalam masa tak sampai 3-4 hari jerawat dah kecut. Langsung tak ada rasa sakit. Dan yang paling best tak ada parut! T3 Mycin boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan..:D






Dalacin-T
Dalacin-T adalah sejenis antibiotic yang akan meresap ke dalam darah untuk melawan bacteria-bakteria penyebab jerawat. Hehe. Itu apa yang kawan i bagitau la. Dia yang suggest i pakai produk ni. Setakat ni ini produk yang paling berkesan yang i pernah cuba. Sampai sekarang pun I masih pakai Dalacin-T untuk bersama-sama menentang jerawat yang jahat! Dalacain-T ni macam sejenis cecair jernih ( macam Toner), dan cara memakainya mudah sangat, just 'roll' atau 'dap' pada kawasan yang bermasalah. Insyaallah 2 3 hari jerawat dah kecut. Macam yang I cakap tadi ia sejenis antibiotic yang akan meresap ke dalam darah, jadi makin lama you all akan perasan yang jerawat baru dah jarang keluar. Best sangat! Oh ye, harga sebotol 30ml dalam Rm34-36. Sebotol boleh guna sampai 2-3 bulan. Boleh didapati di farmasi yang biasa-biasa. Watsons @ Guardian tarak!






Cetaphil

                                       


Sebelum ni I pernah dapatkan khidmat doctor pakar untuk kulit muka..tapi masa tu jerawat dah tak banyak. Jadi i cuma datang untuk buat chemical peel bagi menghilangkan parut-parut lanun di wajah. Cetaphil ni adalah pencuci muka yang doktor sarankan pada i. Ia sejenis soap-free facial wash. Which mean it’s good for sensitive skin. Mula-mula pakai memang tak selesa sebab pencuci muka Cetaphil ni macam terlalu jernih dan cair. Jadi bila rub pada wajah tak banyak buih yang terhasil. Jadi bila tak banyak buih rasa macam tak bersih je kan muka. Tapi jangan risau, sebab rasa je macam tak bersih, tak perlu letak banyak-banyak ok. Berdasarkan pengalaman pakai ia memang berkesan, kulit muka rasa tak kering dan tak berminyak, rasa sedang-sedang je. Jerawat pun jarang keluar. Pencuci muka ni boleh didapati di Guardian. Ada pelbagai jenis produk Cetaphil dengan harga berbeza, yang I pernah pakai jenis untuk kulit berminyak sebotol 250ml berharga lebih kurang RM56. Kalau jenis mild lebih kurang RM26-28 rasanya. Boleh tahan sebulan kalau pakai jimat-jimat.



Tips menghilangkan jerawat dengan cepat


1) Bila tengok jerawat pinky gemuk, montel, mesti rasa nak picit je kan. Kalau jerawat tu hidup dah lama kejar dia dengan batang penyapu kan. Ok, tak kira seberapa geram pun anda pada ia, Jangan picit jerawat tersebut, kerana tindakan ini boleh meninggalkan parut berlekuk yang hodoh. I sendiri pernah picit masa sekolah, dan sampai sekarang ia masih ada. Gunalah apa jenis produk anti-parut apa sekalipun memang takkan berkesan, kecuali dengan khidmat pakar. Tak pasal-pasal makan belanja besar kan.

2) Setiap kali selepas cuci muka, gunakan tuala yang kering dan bersih untuk lap air pada muka. Jangan biarkan ia kering sendiri. Dan paling penting Asingkan tuala muka dan tuala badan.

3) Biasakan untuk tidak meraba-raba wajah dengan tangan yang kotor. Yang ini serius penting.

4) Berhentikan pemakaian make-up buat sementara waktu atau sebaik-baiknya berhenti terus. Kecuali bagi eyeliner, lipstick, atau eyeshadow..itu tak apa.. kalau nak pakai juga pastikan produk bebas minyak.

5) Gunakan pencuci muka yang lembut dan bebas minyak, sebaik-baiknya yang dikhaskan untuk kulit sensitive.

6) Cuci muka setiap kali sebelum tidur dan tukar sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali.

7) Setiap kali sapu ubat jenis krim pada wajah pastikan ia meresap sampai habis.

8) Banyakkan minum air masak dan makan sayur-sayuran. Elakkan makanan yang berminyak terutama yang ada alahan.

9) Gunakan tangan berbanding span untuk mencuci muka.

10) kalau dah berjumpa produk yang sesuai, teruskan guna produk tersebut dan jangan tukar
..

LIKE US :

Jana Wang Dengan Tune Talk Tone Excel

Ok...alang2 dah jenguk blog ni, kasi la i kredit sikit..hope you all boleh tolong klik iklan tu. Dan minta tolong 'LIKE' page FB I ni ye..I tengah BUAT BISNES YANG MENGUNTUNGKAN DENGAN TUNE TALK. Terima kah banyak-banyak.<3

Siapa nak tau I sedang buat bisnes apa boleh visit my webpage
 dan tinggalkan e mail di situ :
                                                   Tune Talk Tone Excel


25 comments:

hamzah ian said...

ptt la muke kamu cun.

hoho

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

but sygg, izzit make our face really clean atau sekadar menghilangkan jerawat?

btw. thnks for the samples:) and for the tips too!

Dinda yun said...

@hamzah ian : no la..still got scar here and there.. >:'(

Dinda yun said...

@ Fifiey :

Fifiey dear, those products I wrote bout are used just to cure acne problem.. those I think inexpensive but still good for acne treatment. The result depends on our skin problem, mine were considered major acne, so it took quite long time to be cured. Currently, I use Dalacin-T , since I feel it works best for my skin. It dry out pimples just in 2-3 days, but of course still the new one will come out. But based on my experience, after used it for sometimes ( *plus carry out the tips) I noticed that fewer pimples came out, and blemishes became less obvious..and now my skin in 90% cured. But YES, IT DOES LEAVE SCAR, the one that looks like the dark spot, but don’t worry because they’ll disappear few days later. (Unless u squeezed the pimple,then it will leave a permanent scar,so don’t )
If u don’t have major problem then I think Dalacin-T is enough meh, don’t have to see the doctor. And If ur skin is ok, I mean if u just want to make it look more clear n flawless, then maybe should try other product... =)

h1km4h said...

Hai Yun..tumpang tanya

Mycin tak sama fungsi dgn dalacin-T ke?

Saya baru beli mycin,baru 2 hari pakai.kalau dah pakai mycin, perlu dalacin jugak tak?

Kalau muka jerawat nak beli cetaphil yg oily ke sensitive?

TQ ^_^

Dinda yun said...

Hi h1km4h..:)
sama je fungsinya..klu tak silap both contains clindamycin phosphate..klu pakai dalacin-T tak boleh campur dengan produk lain. Dan klu tak silap juga cethaphil mmg pencuci untuk sensitive skin,anyway yang yun beli dulu the on that for oily skin.. =)

wiwie sazali said...

finally, i found this.. thank u for sharing.. muka saya tgh suffer dengan Mr.J yang besar dan merah.. rasa down bila keluar..

anon said...

i gne dalacin t. tapi masa i sapukan dan ratakan kt muka i tak rasa sakit ape2..bila i suruh member i yg ade jerawat tu pakai dia kata ade rasa sakit yg amat gila sampai duduk depan kipas.bila i sapu kat muka i xder effect dan tak rasa sakit pun kat muka i ni. u rasa ape yg x kena eh? mungkin ke kulit i x sesuai ataupun i punya muka nampak mcm jerawat tapi dah tak ada?(parut?)

Dinda yun said...

@anon : i pun tak pasti...tapi bila i pakai tak rasa pedih pun.. maybe kulit member u sensitive atau nipis kut. ;)

Anonymous said...

hi yun.. nak tanya klau parut jerawat leh x hilang bila guna 2 ubat tu..masalah sy jerawat dah x der tp tinggalkan parut yg merah2.. byk pulak tu.. geram betul.. ~ju~

wanie said...

Ermm nk tnya, kalau pakai dalacin t tu, is it ok to use cleanser centaphil tu? Atau patut replace dgn mycin tu?

Mawar Pertama said...

@h1km4h

Salam maaf lambat reply..=>
kalau dah pakai mycin rasanya tak perlu pakai dalacin lagi. sebab kalau pakai dalacin tak boleh campur dengan other medicated product. Tapi saya lagi suka pakai dalacin sebab mudah , selesa n cepat kering. =>

Mawar Pertama said...

@Anonymous

Salam..maaf lamabat reply. Setakat yang yun cuba parut tak hilang. yun pernah cuba pakai bio oil n mederma untuk hilangkan scar n red spot.. tapi tak berapa berkesan juga, mungkin sebab parut yang dah lama. lepas pergi klinik n dapatkan rawatan barulah parut pudar sikit.

Mawar Pertama said...

@wanie

Salam wanie, saya pernah pakai dengan cetaphil..setakat yang saya pakai tak ada masalah. kalau nak sure cuba tanya pharmacist dekat farmasi yang wanie beli tu..

Anonymous said...

Saya ada guna hiruscar utk hilangkan scar,so far scar sy semakin pudar

Daniel Luke said...

salam nk tanya sikit...sekarang muka saya alami jerawat/parut/dan jerawat putih yang dikenali sebagai whitehade la..saya taktahu nk pakai apa lagi??...jikalau pendapat kamu..yang manakah sesuai utk kulit saya...T3 mycin atau dalacin atau T3 mycin Clindamycin Lotion..saya rasa tak yakin yang mana satu...tlong beri pendapat..harap dpt bantu saya???

Daniel Luke said...

salam nk tanya sikit...sekarang muka saya alami jerawat/parut/dan jerawat putih yang dikenali sebagai whitehade la..saya taktahu nk pakai apa lagi??...jikalau pendapat kamu..yang manakah sesuai utk kulit saya...T3 mycin atau dalacin atau T3 mycin Clindamycin Lotion..saya rasa tak yakin yang mana satu...tlong beri pendapat..harap dpt bantu saya???

Daniel Luke said...

helo..saya nk tanya pendapat sikit??..saya sekarang mengalami jerawat/parut/ dan jerawat putih yang dikenali sebagai whitehead dan jerawat dimuka saya merah...saya taktahu nk pakai apa??..saya ada juga terbaca di blog kwn saya..ia byk mengatakan..T3 mycin /dalacin / T3 mycin Clindamycin Lotion sangat bagus..tapi saya tak yakin yang mana satu nk pakai?? tolong beri pendapat sikit..

danial amri said...

saya cdgkan pkai dalacin t... sye dh cbe dlm 2mggu.... dn hsilnye powerr.... dlu klit sye lcin tp ble dh naik ting4,yrus bjrawat... tp mjur ada dlcin t yg mnylmtkan sye.... try arrr...

QasehSuci said...

best nya muka kaalu bebas jerawat

myakmar said...

Salam..bru je ge bli cetaphil td.. Yg mana sesuai ye.. Gmbr tk leh view lak...bli yg gentle cleanser...ok ke atau kna amik daily ye.. Pls help.. Sempat lg nk ge tukar...hehe

Anonymous said...

Cetaphil tu gentle ke daily cleanser yer.... Gmbr yk lehview lak...hok aloohhhh.. :)

Anonymous said...

Sama r mcm aku huhu dlu muke mcm artis kpop tapi lpas dmam campak melanda hbis jdi sarang jerawat huhu siall btul jrawat• Byk hbis duit nk brubat tapi hampehhhhhh

aya aina said...

salam..
Hye bole ke pkai dalacin t ngn serum muke?ke juz dap2 je kt muke tnpa krim ye..

Anonymous said...

Saya nak tanya apa beza T3 mycin clindamycin gel dgn yg lotion punya? Yang mana lebih bagus?