Jaga Kecantikan Kalau Sayang Suami

Sunday, April 20, 2014

TESTIMONIAL KEISTIMEWAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

                  Ini adalah testimonial asli daripada saya sendiri. Siapa yang kenal saya semua tau macam2 produk dah saya cuba sebut je semua pernah try. Paling best saya pernah pergi rawatan laser, sekali buat RM800! Kali pertama buat nampak hasil 10-20% perubahan.  Tapi rupanya laser bukan sekali buat saja, kena repeat 3-5 times baru dapat hasil memuaskan. Saya pernah pergi sekali je, then surrender, sebab sekali pergi macam2 perbelanjaan bulanan terganggu. Nasihat saya pergilah buat laser kalau nak hasil cepat, but make sure financially ready! Rugi je kalau buat separuh jalan.

Setahu saya laser merangsang kulit menghasilkan collagen, jadi berbekalkan logik akal yg tak seberapa saya fikir why not ambil collagen secara terus, ok kut kalau terus dari dalam badan. Harga pula lebih murah. Alhamdulillah, dulu saya sebagai pengguna sahaja, lepas mencuba dan melihat sendiri perubahan positif saya pun sangat la yakin untuk join Shaklee dan menjadi independent distributor. Yela bila dah try sendiri dan berkesan barulah confident nak promosi pada orang lain pulak. Ok, sebenarnya masih ada open pores dan parut2, kalau tengok dalam pic pun boleh nampak yang masih ada cela kan. Tapi dah 60-70% kurang ketara. Apa yang paling ketara saya rasa perubahan ialah dah tak ada redness, pori mengecil, parut pudardan bibir tak kering. kalau nak kata kulit dah halus mulus ala2 baby tu tak sampai tahap tu lagi kut..hehehe

                     Ini gambar sendiri ORIGINAL WITHOUT MAKE UP kalau pakai make up langsung terus tertutup semua cela2..hehehe. Baru consume kotak kedua SCP (2 bulan++). Now, pergi kerja pun tak payah pakai make up, pakai bedak baby cukup. Confident jerr... dulu kalau tak make up 3 inchi tak sah pasal malu dengan segala macam cela kat muka, apatah lagi muka memang merah2 meradang. 



Saya suka bancuh SCP dengan jus pekat, lepas tu kuantiti air plak sedikit, boleh telan cepat-cepat..heheh.


Apalagi, jom try SHAKLEE COLLAGEN POWDER!
Boleh order dari saya di facebook :


<3  I AM INDEPENDENT SHAKLEE DISTRIBUTOR <3

Tuesday, March 4, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 2

              Ok nak sambung crita..tapi sebelum tu boleh tak tolong klik iklan kat atas sekali tu...bagi kredit sikit kat i..hehr...dah klik??TQVM! ok....jum sambung cerita...

                            Doktor-doktor pun jerit-jerit suruh aku tahan mata jangan tutup mata. Memang susah nak tahan sebab aku rasa mengantukkkkkkkkkk sangat. Tapi aku cuba juga lah. Ingat lagi tak aku cerita dalam Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 1  yang nurse ada cucuk jarum tambahan di tangan lagi satu, jadi doktor tak tunggu lama cepat-cepat cucuk tiub dan masukkan ubat sawan(eclampsia) ke dalam badan aku melalui jarum tu. Doktor juga pakaikan gas oksigen pada aku. Tapi tak sampai 10 minit aku dah minta doktor cabut semua dan tindakan refleks tangan aku sendiri nak cabut semua tu sebab aku rasa melecur dan panass sangat badan aku. Oksigen yang aku hirup tu pun rasa panass je. Doktor pun kata ok dia cabut sebab kau pun dah macam orang gila meroyan meronta-ronta.
                         
                             Ingatkan habis sampai situ je..petang tu 6/7 orang doktor pakar dan tak pakarpun ada datang jumpa aku, dan pujuk aku terima ubat tu sebab mereka risau eclampsia terjadi lagi. Aku refuse la sebab aku seram dengan rasa melecur tu. Heii..ko ingat dia pujuk macam pujuk baby ke? tak de nyeeerr...bayangkan depa duduk keliling hang yang terlantar sakit dan dengan muka serius depa hentam kaw2 punya kasi kau seram dan paksa kau. Suami aku pula mereka dah suruh keluar dah awal2. Aku plak dalam keadaan lemah lagi aku terpaksa la setuju. Lagi pun doktor kata lepas masuk ubat boleh balik. Nak menitik air mata aku rasanya sebab tertekan sangat. Aku cuma nak balik je. Tekanan darah aku naik lagi.....stress...

                               Kali ni doktor pakar tu dah pesan kat nurse supaya masukkan ubat tu dengan speed yang sedikit sebab badan aku tak boleh terima nanti body refuse. Lepas masuk tu dalam beberapa minit aku pun kembali merasakan kepanasan tu..aku panggil nurse dan nurse kata tu memang effect ubat..tp temporary je.. alhamdulillah badan aku dapat  lawan rasa panas tu (yang kurang panas sedikit dari yang first).  Selepas masuk ubat aku diminta berehat. Masa tu aku nak makan pun tak lalu, aku cuma makan nasi kosong saja. Malamnya , nurse pindahkan aku ke wad biasa. Rasa sedikit lega di situ, sebab pada aku bila dah duduk di wad biasa maknanya aku dah ok dan akan dibenarkan balik. Tapi silap besar la..di wad tu la penderitaan aku bermula.

                        Malam tu nurse dan doktor datang cek bagitahun tekanan darah masih kurang memuaskan, aku dipaksa tinggal di hospital lagi dengan alasan nak monitor aku dalam masa 24 jam.  Aku rasa marah sebab kena tipu, yela tadi kata lepas masuk ubat boleh balik, tup2..tak boleh pulak! Malam tu aku menjaga Hana seorang diri. SEORANG DIRI!! Aku yang kemungkinan diserang sawan pada bila2 masa menjaga bayi seorang diri! Sedangkan doktor dah pesan yang aku tak boleh duduk seorang2 dan pegang bayi seorang2, doktor takut aku collapse lagi. Tapi apakan daya, pihak hospital tak benarkan suami menemani aku. Tapi suami aku still curi2 masuk wad dan teman, kalau kena halau baru dia pergi. Bayi yang baru lahir asyik menangis saj..susu badan aku tak ad, belum keluar...mungkin sebab stress.. jadi baby memang asyik menangis. Aku pulak dengan keadaan jahitan yang bengkak( mungkin bentan sebab jatuh masa eclampsia hari tu) terpaksa mengengsot perlahan-lahan dan turun dari katil yang tinggi tu, ambil baby dan pujuk dia. Mungkin dia lapar. Aku stress sangat3...aku mesej Adham suruh datang sebab aku tak larat jaga baby. Adham pun datang curi-curi masuk...dia pun jaga baby dan suruh aku tidur...Alhamdulillah dapat juga aku tidur 2 jam. Bila aku bangun aku ambil semula baby dan minta Adham tidur. dia tidur atas kerusi ja...kesian sangat2...




                     Esoknya pagi2 lagi doktor datang cek dan bagitahu aku terpaksa ditahan lagi!! Aku jadi marahhhhh sangatt3...masa tu kebetulan doktor nak ambil bacaan jantung, bacaan jantung jadi sangat laju sebab aku tengah marah. Doktor pun terkejut juga. Tekanan darah pun tinggi. Ni aku nak bagitau, sepanjang aku kat hospital tu, doktor yang cek aku sering bertukar2...hari ni doktor A kata macam ni, esok doktor B pula datang kata macam ni, lusa doktor C pula datang bagi balik, tulat doktor D pula datang tak bagi balik lagi...macam nak gila aku rasa. Aku betul2 letih dan lemah...aku tak larat jaga baby seorang-seorang dalam keadaan nak berjalan pun terhuyung hayang macam tu. Aku nak rehattt...jangankan kata rehat, nak tidur pun tak dapat! Dipendekkan cerita doktor cek Urine aku dan dapati ada sikit protien...aku rasa sebab kurang minum air masak. Jadi doktor tahan aku lagi... Stress?? aku rasa nak hantuk je kepala <del> depa </del> kat dinding. Petangnya ada seorang doktor praktikal datang jumpa aku...aku disoal siasat macam saksi kes jenayah. Tanya itu ini..aku pun agak malas nak layan tapi kesian pula tengok doktor muda macam tu nak belajar. Haippp, doktor pepuan hokayy! Malam pun tiba dan aku melalui lagi malam dengan terpaksa berjaga menjaga Hana. Adham macam biasa, tidur2 ayam di merata2 tempat, curi2 masuk jaga Hana. Kesian sangat kan chenta hati aku tu...muka dia pun jadi pucattttt sangat. Sejak hari pertama dia berkampung kat hospital tak balik2..

Esoknya ada doktor kanak-kanak datang tengok Hana, dia syak Hana ada kuning...dia pun minta izin bawa Hana ke bilik pemeriksaan. Di mana ibu tak dapat ikut. Bayangkanlah perasaan aku waktu tu. Ya memula aku lega sebab dapat juga aku berehat sementara Hana di bawa pergi..tapi bila tangisan Hana semakin hilang aku jadi nsayu pulak.. Aku jadi rindu sesangat kat dia. mula lah aku pikir bukan2..betul ke tadi tu doktor, Hana kena culik ke...ok ke dia...aku terus call Adham..adham pun mai.. Silap aku juga tak pastikan betul2 nama doktor tu. Dahla kes bayi diculik pernah berlaku kat hospital tu. Mujur beberapa jam kemudia Hana balik...doktor kata hana hampir kena kuning..depa pun pasangkan lampu biru kat dia...sedihhh sangat aku tengok keadaan anak aku tu. Dahla dia kecik kurus..kena jemur dengan mata ditampal plak...sedih...aku menangis...menyesal aku marah2 dia masa meroyan hari tu. Aku pun bancuh susu tepung yang aku bawa senyap2...di hospital kerajaan tak boleh bawa botol susu kononya nak galakkan susu ibu..biarpun baby korang dah kebulurr...nasihat aku bawalah botol curi2 pun..kesian kat baby lapar.. Malam tu dengan aku2 berjemur bawah lampu sebab Hana nak berkepit dengan aku atas katil.mujur esoknya nurse kata dah tak ada kuning..Alhamdulillah..kalau tak kena tahan lagi la jawabnya...




                         Esoknya, ibu bapa kami datang. Abah datang bawa lauk dan nasi.  Abah bawa sup ikan haruan, sayur, dan nasi panas. Barulah aku dapat menikmati makanan. Abah bawa juga makanan untuk Adham. Hari tu darah tinggi aku naik lagi, masa aku dok sesorang tetiba je datang sekumpulan doktor praktikal yang terdiri daripada 10 orang atau lebih. dan dorang siap datang dengan lecturer. Aku rasa nak suruh diorang berambus jee...bayangkanlah aku dalam keadaan sakit, letih tak tidur, jaga baby...doiorang datang nak ekperimen aku pulak. Disebabkan aku ni ada eclampsia maka aku lebih kerap didatangi doktor2 praktikal ni. Aku rasa nak nagis je waktu tu...aku bagitahu Adham yang aku stress sangat..Adham pun datang..dan2 Adham datang doktor2 tu dah blah pulak.



                         Malam tu doktor datang cek lagi...sebab dah janji yang doktor akan cek dan kalau ok dia bagi balik.Tiba-tiba doktor kata aku kena masuk darah pulak! Aku pun apa lagi aku bising2 la mara2 sebab aku dah stress sangat. Then doktor kata lepas masuk darah baru boleh balik sebab aku dah kehilangan banyak darah. Tentulah aku tak nak! kang tak memasal aku dapat darah Aids pulak kang. Dahla kakak-kakak dalam ward tu plak dok cerita member2 diorang pernah kena transfer darah dapat darah tak elok dan kena penyakit sampai meninggal. Maunya tak seram aku mendengornye.. Tapi akhirnya aku mengalah dan setuju. Memula nurse mai check jantung. Nurse tu amatlah longkang mulutnyerrr..aku rasa nak tampor je..kalau aku tak memikirkan keadaan aku yang sakit dan kena kawal BP dah lama aku sembur balik die. Nurse tu soh aku bukak baju, dah la tirai pon tarik lebih kurang je. Suruh bukak baju macam suruh buka buku je..langsung tak ada rasa hormat nak minta maaf dulu ke apa ke. Dah buka tu boleh pulak dia dok cungkil2 alat cek jantung dia yang dah berlumut tu. Alat tu macam vacumm kecil kena lekat kat dada kita, tapi sebab dah terlalu banyak gel melekat kat situ sebab tu tak sucked kat dada. Eh..dah macam lucah plak kan bunyinya. No, no, don't think dirty hokayy! Disebabkan dia lama sangat dan aku malu berada dalam keadaan seksi macam tu aku pun tarik balik baju aku dan know what dia suruh bukak balik dan mulut dia asyik membebel je. Pastu asik suruh aku letak tangan ke tepi je..padahal dia tu yang terhegeh2 nak pasang alat tu. Nak je aku tampor mulut longkang tu. Pastu bila dia nak lekat alatan tu asik tak melekat je..aku pun sebab bengang aku mesej Adham. Tahu tak...aku bersyukur sangat dapat suami macam Adham...seminggu dia tak balik rumah temankan aku di hospital kerana takut apa-apa jadi  kat aku. Takut aku stress dan letih.
       
                                 Tengah aku dok type sms, nurse tu boleh plak kita " Saya kalau dengan patient saya tak suka patient main hp, hp tolong letak tepi."  aku pun jawab dengan nada kurang ajar " kejap arr saya tengah sms husband ni!" agaknya dia takut aku mengadu kat husband diacam baik sikit ngan aku. Lepas husband mai, lagi la dia baik.  Doktor kata dia akan siapkan darah...dalam pukul 4 boleh start transfer dan pukul 8.45 siap dan lepas doktor pakar cek boleh balik. Entah macam mana darah lambat complete, pukul 6 lebih baru start transfer. Jawabnya pukul 10.45 baru siaplah..waktu tu pula doktor dah balik jadi aku kena tunggu esoknya barulah boleh doktor cek..masa tu aku dah pasrah dah...masa tengah transfer darah tu Hana macam baik je...tidur je..aku pun dapatlah tidur juga sekejap..bila bangun badan rasa suam2 je cm demam..maybe sebab darah dah masuk dalam badan..


                         
                    Esoknya pagi2 lagi Doktor mai cek Hb darah dah naik sikit dan dia bagi balik!!! hurrayyy...!Waktu melawat pukul 1 family datang...tapi nak tunggu dia siapkan dokumen macam buat surat wahsiat...punyalah lama..! Pukul 4 barulah kami balik...aku..? rasa macam mati hidup semula!! Sumpah kalau ikut hati aku aku tak nak dan tak akan beranak kat hospital kerajaan lagi..! Biarlah aku habis 3 4 ribu sekalipun.. tapi aku rasa ada ke hospital swasta nak terima patient yang ada history eclampsia macam aku ni..? Aku pun tetap bersihkan hati dan anggap tak semua hospital kerajaan macam tu. Aku pun tak nak dedahkan nama hospital tu kerana tak nak menjejaskan reputasi dia. Mungkin orang-orang dan staff2 yang keji tu kebetulan tepat ke aku...Hm...terpulanglah pada penilaian masing2...kita bukan nak dilayan macam puteri raja..tapi layanlah kita seperti orang yang SAKIT..itu pun dah memadai... Ada yang kata pergi swasta membazir...pada aku..dengan apa yang aku dah lalui apa yang aku boleh kata ialah.. it's totally worth!!


Jum ikut aku melabur dengan modal permulaan RM90 sekarang! Supaya dapat beranak kat hospital swasta dan dilayan macam orang sakit!  KLIK SINI.



                                              "Kesian kat mama.." kata baby Hana(4 months ++)

Monday, March 3, 2014

Tutorial : Cara Meletakkan Iklan Nuffnang

<3 ASSALAMUALAIKUM & HELLO! <3

Okay, seperti yang dijanjikan, saya akan ajar korang cara-cara meletakkan iklan Nuffnang di blog korang. Nuffnang tu apa? Nuffnang tu kira macam majikan korang, mereka akan memberi kite duit sepanjang berblog, hihi. So, memang rugi kalau korang tak ambil peluang keemasan ni. Belum buat Nuffnang? Korang boleh TEKAN SINI.

 First, mestilah kena pergi kat NUFFNANG.
 Log In akaun korang, pilih MANAGE MY BLOGS.Click ADD AD UNIT.
 Ada paparan seperti ini:
kemuadian pilih iklan yang anda mahu,klik di situ.

Untuk meletakkannya di Header

1) Pergi ke dashboard blog anda : Template > Edit HTML > Proceed.
2) Copy code Nuffnang.
3) Tekan CTRL+F/F3, taip <head> :
<head> 

pastekan code nuffnang tadi DI ATAS code <head>.

Kalau tak ada code <head>,boleh cuba cari code ni : 
<body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>

paste code Nuffnang tu DI BAWAH code tu.

4) Preview and SAVE.

Untuk letak di sidebar

1) Pergi ke dashboard blog anda, Layout > Add A Gadget > Choose HTML/Javascript.
2) Copy code Nuffnang tu.
3) Di ruangan HTML/Javascript tu, paste code Nuffnang.  Letakkan  iklan tu di sidebar.
4) Save and preview.

Untuk di letakkan antara content

1) Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget Templates.
2) Tekan CTRL+F/F3, find this code : 
<data:post.body/>
3)  copy code Nuffnang tu, dan paste  BAWAH code <data:post.body/>.

#Kalau tak jumpa code <data:post.body/>, cari code :
</b:includable> 

dan paste DI ATAS code tersebut.

4) Preview and save.

Monday, February 24, 2014

JUNIOR CENTRE TUNE TALK - TONE EXCEL KULIM

Saya adalah Junior Centre yang berdaftar bagi PROGRAM WOW TUNETALK TONE EXCEL di Kulim Kedah. Anda boleh dapatkan stok simkad melalui saya.
Sila hubungi saya di :

                                010-5060788 (Adam).

Bagi agen-agen baru yang berminat untuk menyertai program WOW TUNETALK-TONEEXCEL amatlah di alu-alukan. Sekian Terima Kasih.